• Banner4.jpg

  • Banner2.jpg

  • Banner3.jpg

  • Banner1.jpg

     

3x10 banner Zuraidah Atan Final2

Hari Keusahawanan Ibu Tunggal
14 Mei 2013 (Selasa)
9.30 pagi hingga 4.00 petang
Anjung Budi, USM

Anjuran Projek BJIM, Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA)

Program Keusahawanan Ibu Tunggal ini bertujuan untuk menggalakkan serta memberikan ruang kepada  ibu tunggal di bawah projek BJIM Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA) mempertajamkan kemahiran usahawan mereka. Ia juga bertujuan untuk mempromosi produk perniagaan ibu tunggal dan membantu mereka untuk menjana pendapatan tambahan. Salah satu agenda program ini termasuklah bengkel  "Pengurusan buku rekod simpan kira-kira" dan juga "Usahawan takaful". Ia bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran ibu tunggal dalam pengurusan wang perniagaan dan juga memperkenalkan ibu tunggal kepada peluang-peluang keusahawanan yang pelbagai seperti perniagaan takaful. Sebagai salah satu motivasi kepada ibu tunggal dalam aktiviti pada hari tersebut, ciri-ciri keusahawanan ibu tunggal akan dinilai melalui pertandingan gerai terbaik. 

Pelbagai Jenis Jualan:
•    Mengurut, minyak urut
•    Kek coklat, buah potong, pakaian
•    nasi lemak, kuih, roti jala (pagi sahaja)
•    Ubat, kopi mahkota dewa,rumpai laut, losyen, kuaci,
•    Apam angry bird
•    Alpha Lipid
•    Tudung
•    Aksesori, kacang goreng
•    Nugget, keropok lekor
•    Laksa fishball, muruku, popia goreng cabai, kerepek bawang
•    Nasi tomato
•    Ayam goreng ala KFC, sosej, kentang goreng
•    minuman
•    Mee , koew teow goreng , aiskrim Malaysia
•    Ice blended
•    Kuih dingin beku & cup cakes

Semua warga universiti dijemput hadir memeriahkan program ini.

IWD banner 3x10

 

click to large

xICON CURRENT STUDENTSxICON PROSPECTIVE STUDENTxICON PARENTSnVISITORSxICON-STAFFxICON-ALUMNIixICON-DIREKTORIxICON-CAMPUS ONLINE